Negara anggota ASEAN bersepakat untuk memberi kerjasama kepada Malaysia dan mengutamakan rakan negara serantau dalam membantu isu berkaitan makanan yang dihadapi negara masing-masing termasuk isu kekurangan beras.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, keputusan itu dinyatakan menerusi Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Pertanian dan Perhutanan (AMAF) ke-45 yang berlangsung di Kuala Lumpur sejak Isnin dan melabuhkan tirainya pada Jumaat.